Persib Bandung ke Shah Alam

on .

SELANGOR akan bertemu kelab Indonesia, Persib Bandung pada perlawanan bola sepak jemputan Piala Selangor 2009 di Stadium Shah Alam, 31 Julai depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim petang tadi telah merasmikan pelancaran piala tersebut di Shah Alam.

"Jika kita berjaya menganjurkan Piala Selangor tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, saya rasa tidak mustahil menjelang tahun 2013, Piala Selangor akan mengundang pasukan Real Madrid, Barcelona atau Liverpool untuk bertemu Selangor," kata Khalid.

Pertemuan Selangor dan Persib Bandung pada edisi sulung Piala Selangor itu akan berlangsung pada hari Jumaat, 31 Julai ini bermula pukul 8.45 malam.

Tiket perlawanan berharga RM10 (Dewasa) dan RM5 (Kanak-kanak) boleh diperolehi di Wisma FAS, Kelana Jaya (8pg-5ptg) bermula 1 Julai.

Selain itu, ia turut akan dijual di kaunter tiket di Stadium Shah Alam pada 30 & 31 Julai (9pg-7ptg).

Para peminat turut boleh menempah tiket pertemuan tersebut secara online di www.tickethotline.com.my.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi FAS di talian 03-78037054 atau 03-78037105.

Selangor

logo mbi  logo kappa  logo arena