Bambang beraksi di Stadium Kajang

Tuesday, 28 July 2009 22:16

PENYERANG Indonesia, Bambang Pamungkas membantu skuad Liga Super Selangor menewaskan Pilihan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Kajang malam tadi.

Bambang, 29, yang baru tiba di ibu negara pagi semalam beraksi dalam kesebelasan utama Selangor sebelum dia digantikan ketika permainan berbaki 15 minit.

Perlawanan persahabatan malam tadi merupakan salah satu acara mempromosikan perlawanan Piala Selangor 2009 yang akan menemukan Selangor dengan Persib Bandung di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Pada perlawanan malam tadi yang disaksikan hampir 1,000 orang penonton, kedua-dua pasukan beraksi untuk perlawanan 30 minit setiap separuh masa.

Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi rembatan kencang Safee Sali dari luar kotak penalti.

Gol kedua Selangor hadir selepas 11 minit babak kedua bersambung apabila Rudie Ramli menyudahkan bola muntah daripada penjaga gol MPKj yang gagal menangkap kemas percubaan awal oleh Bambang.

Bambang bersama-sama seorang lagi pemain Indonesia, Elie Aiboy yang akan tiba di ibu negara pagi ini bakal menjadi pemain jemputan menyarung jersi Selangor pada aksi bertemu Persib Bandung Jumaat ini.

Kedua-dua mereka pernah menjadi pemain import Selangor pada musim 2005 dan 2006. Elie pula kembali beraksi bersama Selangor selama semusim pada 2008.

Bagi para penyokong yang berhasrat menyaksikan pertemuan Selangor dan Persib Bandung Jumaat ini, mereka boleh membeli tiket di kaunter tiket di pintu utama Stadium Shah Alam mulai hari ini, esok dan Jumaat iaitu dari 9 pagi hingga 7 malam.

Tiket-tiket bagi perlawanan yang akan bermula pukul 8.45 malam itu berharga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak).

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad (1.Fairul Azwan Shahrullail), 3.Razman Roslan (19.D.Surendran), 4.Khairul Anuar Baharom (8.K.Nanthakumar), 26.Nasriq Baharom (2.Zaiza Zainal Abidin), 15.P.Gunalan (27.Asraruddin Putra Omar), 6.Amirulhadi Zainal (11.Fazli Baharudin) (18.Fauzan Dzulkifli), 14.Hardi Jaafar (25.Fazilidin Khalid), 17.Amri Yahyah (16.Sanjos Sundawat), 23.R.Surendren (24.Fitri Shazwan Raduwan), 10.Safee Sali (9.Rudie Ramli), 20.Bambang Pamungkas (7.S.Sritharan).

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events