Selangor lepaskan trofi Piala Sultan Selangor

Monday, 05 October 2009 03:32

SELANGOR terpaksa merelakan Singapura merampas trofi Piala Sultan Selangor yang dimenangi mereka tahun lalu.

Pada perlawanan edisi kelapan Piala Sultan Selangor yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi, Selangor tewas 0-3 kepada Singapura yang dibarisi skuad kebangsaan mereka.

Ketiga-tiga gol Singapura itu terhasil sepanjang separuh masa pertama.

Gol pertama hadir pada minit ke-27 selepas kapten Singapura, Indra Sahdan Daud melakukan sepakan lencong kaki kiri menarik yang gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Belum sempat Selangor menarik nafas, Singapura terus mengganas apabila memperolehi gol kedua pada minit ke-34 menerusi penyudah kemas penyerang yang berasal dari Yugoslavia, Aleksandar Duric.

Ketika permainan menuju masa kecederaan babak pertama, Singapura dihadiahkan sepakan percuma betul-betul di hadapan kotak penalti Selangor.

Peluang itu disudahkan dengan baik oleh pemain tengah kelahiran England, John Wilkinson untuk membolehkan Singapura selesa mendahului 3-0 untuk separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Selangor mula menemui rentak dan berusaha mencari gol awal untuk kembali menghidupkan peluang.

Penyerang gantian Selangor, Rudie Ramli nyaris menemui sasaran pada minit ke-54 tetapi rembatannya sedikit sipi daripada gawang lawan.

Safee Sali juga mendapat peluang terbaik pada minit ke-68 apabila berjaya melepaskan rembatan kencang yang bagaimanapun sekadar tepat menuju palang gol tatkala Hassan Sunny sudah tertewas.

Selangor terus gagal memecah kebuntuan setelah sepakan percuma Hardi Jaafar pada minit ke-79 berjaya ditepis keluar penjaga gol Singapura itu.

Singapura yang muncul juara membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM50,000 sementara Selangor sekadar berpuas hati dengan wang tunai RM10,000.

Kemenangan pada edisi kelapan itu merupakan kali keempat Singapura muncul juara selepas berjaya melakukannya pada edisi 2006 dan 2007 termasuk juara bersama pada edisi 2004.

Sebelum itu pada perlawanan pembuka tirai, Veteran Singapura berjaya menewaskan Veteran Selangor 4-1 menerusi penentuan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 setelah tamat 40 minit masa permainan sebenar.

Veteran Singapura mendahului pada minit ke-22 menerusi Salim Moin hasil sepakan penalti selepas Fandi Ahmad dijatuhkan.

Selangor bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi rembatan kencang Abdul Muin Rahim dari luar kotak penalti.

Salim, Syed Faruk, V. Sundram Moorthy dan Yahya Madon berjaya menyempurnakan keempat-empat sepakan penalti Veteran Singapura dengan menewaskan Rashid Hassan.

Bagi Veteran Selangor pula, hanya sepakan pertama P. Maniam menerjah jaring manakala dua sepakan berikutnya oleh Ismail Ibrahim dan Shahrin Majid berjaya diselamatkan Yacob Hashim.

SELANGOR: Hamsani Ahmad, Razman Roslan (D.Surendran), Khairul Anuar Baharom (K.Nanthakumar), Nasriq Baharom (Zaiza Zainal Abidin), P.Gunalan, Amirulhadi Zainal (Fazli Baharudin), Hardi Jaafar, Fazilidin Khalid (Rudie Ramli), R.Surendren (Fitri Shazwan Raduwan), Amri Yahyah (c), Safee Sali.

SINGAPURA: Hassan Sunny (Lionel Lewis), Shaiful Esah (Jumaat Jantan), Noh Rahman, Precious Emuejeraye (Gabriel Obadin), Daniel Bennett, Hariss Harun, John Wilkinson, Shahril Ishak, Park Tae Won (Itimi Dickson), Aleksandar Duric (Agu Casmir), Indra Sahdan (c) (Fazrul Nawaz).

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events