Bola sepak pantai: Selangor masih berpeluang

Friday, 16 October 2009 00:00

SKUAD lelaki dan wanita Selangor masih berpeluang untuk layak ke suku akhir selepas berakhirnya hari pertama Kejohanan Bola Sepak Pantai FAM 2009 di Pantai Telok Chempedak, Kuantan petang tadi.

Kedua-dua pasukan itu diletakkan dalam Kumpulan C dengan pasukan lelaki Selangor bersaing bersama-sama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Manakala pasukan wanita Selangor pula berdepan saingan tiga penjuru bersama-sama Kelantan dan Negeri Sembilan setelah Terengganu tidak menghantar pasukan wanita.

Bagi kategori lelaki, Selangor perlu mencipta kejutan ke atas Terengganu pada aksi terakhir (2.45 petang esok) bagi menduduki dua tangga teratas untuk layak ke suku akhir.

Pada dua perlawanan pertama hari ini, Selangor tewas 5-7 kepada Negeri Sembilan sebelum mereka diikat Kelantan 7-7 pada perlawanan kedua petang tadi.

Terengganu biarpun baru beraksi satu perlawanan kini mendahului Kumpulan C dengan 3 mata setelah mereka membelasah Kelantan 13-5 pada perlawanan sulung pagi tadi.

Negeri Sembilan di tempat kedua dengan 3 mata diikuti Selangor (1) dan Kelantan (1).

Dalam kategori wanita pula, Selangor mencatat kemenangan pada perlawanan pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 4-2 petang tadi.

Bagaimanapun, perlawanan kedua menentang Kelantan yang sepatutnya berlangsung lewat petang tadi terpaksa ditunda ke pukul 9 pagi esok.

Ini kerana keadaan sudah gelap ketika perlawanan hendak dimulakan pada pukul 7 petang tadi.

Selangor perlu menewaskan Kelantan untuk sah ke suku akhir manakala perlawanan terakhir Kumpulan C menyaksikan Negeri Sembilan bertemu Kelantan (1 tengah hari esok).

Kejohanan Bola Sepak Pantai FAM 2009 disertai 16 pasukan lelaki dan 15 pasukan wanita yang dibahagikan ke dalam empat kumpulan.

Perlawanan peringkat kalah mati akan berlangsung pada Ahad dengan saingan suku akhir bermula pukul 9 pagi.

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events