Skuad futsal Selangor mulakan saingan

Saturday, 14 November 2009 04:41

SKUAD Selangor bakal memulakan cabaran dalam Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 apabila berlangsungnya saingan pusingan pertama di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah hari ini dan esok.

Selaku naib juara musim lalu, skuad futsal lelaki Selangor meletakkan sasaran untuk muncul juara pada saingan kali ini.

Pengurus pasukan lelaki, K. Santhana Raju berkata, skuad Selangor kali ini bakal menampilkan pemain kebangsaan, Addie Azwan Zainal bertindak sebagai jurulatih merangkap pemain.

"Kita mahu sekali lagi layak ke final kali ini dan sekali gus menebus kekecewaan musim lalu untuk muncul sebagai juara. Skuad kali ini diperkuat lima orang pemain futsal kebangsaan," kata Santhana.

Menurut Santhana, Selangor diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Kuala Lumpur, Perak dan T-Team bagi memburu dua tempat teratas ke pusingan akhir.

Barisan 15 pemain skuad futsal lelaki Selangor terdiri daripada:

  • 1. Iskandar bin Abdullah
  • 2. Mohamad Fazli bin Zainal Abidin
  • 3. Addie Azwan bin Zainal
  • 4. Mohd Ruzaley bin Abd Aziz
  • 5. Iqbal Hanafi bin Masduki
  • 6. Zulfahmi bin Ahmad Zohri
  • 7. Mohd Farid bin Mohd Yusof
  • 8. Badri bin Daud
  • 9. Qaiser Heshaam bin Abdul Kadir
  • 10. Saiful bin Shaharuddin
  • 11. Muhammad Faez Nadzmi bin Mohd Farok
  • 12. Muhammad Syazwan Na'im bin Nordin
  • 13. Norizman bin Nordin
  • 14. Muhammad Fariq bin Mohammad
  • 15. Redzuan Ahmad Shah bin Mohd Tahir

Sementara itu, skuad futsal wanita Selangor yang menduduki tempat keempat musim lalu meletakkan sasaran realistik untuk sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir musim ini.

Pengurus pasukan wanita, Rosman Mohd. Ibrahim berkata, berdasarkan senarai pemain Selangor kali ini, dia yakin sasaran tersebut mampu dicapai oleh skuad bimbingan jurulatih Siti Suhaila Mohd Johari itu.

"Kita turut menyenaraikan beberapa pemain futsal kebangsaan bagi memantapkan pasukan. Kita yakin akan layak ke pusingan akhir di Shah Alam pada 1 hingga 3 Januari depan dan mampu sekurang-kurangnya ke separuh akhir," kata Rosman.

Skuad wanita diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Kedah, Melaka dan MBPJ.

Barisan 15 pemain skuad futsal wanita Selangor terdiri daripada:

  • 1. Zurlinda bt Abd. Latif
  • 2. Suriani bt Ishak
  • 3. Felicity Agnes Ng
  • 4. Nurul Ashikin bt Mohd Noor
  • 5. Nora bt Abu Dardak
  • 6. Shahila bt Mohd Yunus
  • 7. Felicia Adele Ng
  • 8. Nordiana bt Abd. Hamid
  • 9. Rina Jordana bt Hj. Adnan
  • 10. Rebecca Jane Harding
  • 11. Anies Maizura bt Ibrahim
  • 12. Nor Azura bt Md Ramli
  • 13. Sarah Margaret Ong Mei Fong
  • 14. Farah Najihah bt Abdul Aziz
  • 15. Hasuna bt Noor Azhar

Kedua-dua skuad Selangor itu telah bertolak ke Langkawi pada awal pagi semalam dan mereka bakal turun beraksi dua perlawanan pada saingan pusingan pertama itu.

Dua lagi saingan peringkat kumpulan bakal berlangsung di Kuala Terengganu (5 dan 6 Disember 2009) dan Felda Jengka, Pahang (12 dan 13 Disember 2009).

Berikut ialah jadual perlawanan bagi pusingan pertama di Langkawi pada hari ini:

SABTU, 14 NOVEMBER 2009:

  • 9.00 pagi - PKNS lwn PDRM (Wanita)
  • 9.50 pagi - PDRM lwn FIGOS FC (Lelaki)
  • 10.40 pagi - MELODI JAYA lwn KUALA LUMPUR (Wanita)
  • 11.30 pagi - PERAK lwn SELANGOR (Lelaki)
  • 12.20 tgh hari - MPSJ lwn FIGOS FC (Wanita)
  • 1.10 ptg - SABAH lwn PAHANG (Lelaki)
  • 2.00 ptg - KEDAH lwn SELANGOR (Wanita)
  • 2.50 ptg - PKNS lwn PULAU PINANG (Lelaki)
  • 3.40 ptg - ATM lwn SABAH (Wanita)
  • 4.30 ptg - MPSJ lwn FELDA UNITED (Lelaki)
  • 5.20 ptg - PAHANG lwn JOHOR (Wanita)
  • 6.10 ptg - T-TEAM lwn KUALA LUMPUR (Lelaki)
  • 7.00 mlm - FELDA UNITED lwn TERENGGANU (Wanita)
  • 7.50 mlm - KEDAH lwn ATM (Lelaki)
  • 8.40 mlm - MBPJ lwn MELAKA (Wanita)
  • 9.30 mlm - SARAWAK lwn KWSP (Lelaki)
 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events