Wanita Selangor juara Liga Futsal Kebangsaan

Sunday, 03 January 2010 15:31

SETELAH tiga tahun mencuba, Selangor akhirnya muncul juara kategori wanita pada saingan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 yang berakhir hari ini.

Pada final yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam petang tadi, Selangor berjaya menewaskan juara bertahan, PDRM 3-1.

Terdahulu, pada perlawanan separuh akhir pagi tadi, Selangor yang merupakan juara Kumpulan P menundukkan naib juara Kumpulan Q, Kuala Lumpur 2-0 yang juga merupakan finalis musim lalu.

Selangor sebelum itu telah muncul juara Kumpulan P selepas mereka menang kesemua tiga perlawanan dengan menewaskan Johor 3-2, MPSJ 1-0 (kelmarin) dan PDRM 4-2 (semalam).

Kejayaan muncul sebagai juara itu turut diiringi rekod 100 peratus Selangor yang menang kesemua 11 perlawanan dilalui mereka sepanjang kempen saingan musim ini.

Pada saingan pusingan awal yang berlangsung di tiga buat sirkit di Langkawi, Kuala Terengganu dan Felda Jengka, Selangor menang kesemua enam perlawanan untuk muncul juara Kumpulan D mengetepikan Kedah, MBPJ dan Melaka.

Skuad futsal wanita Selangor itu dibimbing jurulatih muda berusia 31 tahun, Siti Suhaila Mohd. Johari serta ditunjangi empat pemain futsal kebangsaan iaitu Rina Jordana Adnan, Shahila Mohd Yunus, Nordiana Abd. Hamid dan Rebecca Jane Harding.

Baki 11 pemain lain ialah Zurlinda Abd. Latif, Suriani Ishak, Felicity Agnes Ng, Felicia Adele Ng, Nurul Ashikin Mohd Noor, Nora Abu Dardak, Anies Maizura Ibrahim, Nor Azura Md Ramli, Sarah Margaret Ong Mei Fong, Farah Najihah Abdul Aziz dan Hasuna Noor Azhar.

Skuad futsal wanita Selangor terpaksa berjuang bersendirian setelah skuad lelaki Selangor gagal ke pusingan akhir apabila sekadar menduduki tangga ketiga daripada empat pasukan dalam Kumpulan B pada saingan peringkat awal di tiga sirkit tersebut.

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events