SELANGOR meneruskan rentak kemenangan apabila mudah menewaskan pasukan jiran, Kuala Lumpur 4-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.
Ketinggalan 0-1 seawal minit ke-6 menerusi jaringan Yong Kuong Yong, Selangor bangkit meledak empat gol hasil jaringan Safee Sali (34), Amri Yahyah (58) serta R. Surendren (77 & 88).
Perlawanan yang berlangsung di hadapan kira-kira 5,000 penonton itu menyaksikan Selangor mula mengasak kubu Kuala Lumpur sebaik wisel ditiup pengadil, S. Shittaranjanan.
Namun Kuala Lumpur terlebih dahulu berjaya menembusi gawang Selangor selepas sepakan percuma Azwan Abd. Malek dari sebelah kanan berjaya ditanduk masuk Kuong Yong menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-6.
Empat minit kemudian, sepakan percuma Safiq Rahim hampir saja menghasilkan gol tetapi tandukan ke belakang yang dilakukan Asraruddin Putra Omar sedikit melewati palang gol Kuala Lumpur.
Pada minit ke-16, dua peluang terbaik Selangor diperolehi tetapi kecekapan penjaga gol Kuala Lumpur, Remezey Che Ros menafikan dua rembatan berturut-turut Safee dan Amri.
Beberapa saat selepas itu, Safee sekali lagi melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi kali ini ia sekadar menggegar palang gol Kuala Lumpur tatkala Remezey sudah pun tertewas.
Akhirnya Selangor berjaya juga menyamakan kedudukan selepas Safee menanduk tepat bola hantaran lintang Safiq dari sebelah kiri sebelum sempat Remezey menumbuk keluar pada minit ke-34.
Seminit kemudian, Farderin Kadir mengalami kecederaan ketika melakukan percubaan ke arah pintu gol Kuala Lumpur dan dia terpaksa dikeluarkan dengan Amirulhadi Zainal dibawa masuk.
Pada minit ke-40, Kuala Lumpur memperolehi sepakan percuma dari kawasan tengah dan rembatan kencang kapten, Azidan Sarudin tepat menggegar palang gol Selangor sebelum tindakan susulan rakan sepasukannya selepas itu ditangkap kemas oleh Hamsani.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat 1-1.
Pada separuh masa kedua, jurulatih Selangor, K. Devan membuat pertukaran taktikal dengan memasukkan R. Surendren menggantikan pemain sayap, Liew Kit Kong pada minit ke-53.
Ia membawa perubahan posisi pemain Selangor dengan Amri ditolak beraksi di bahagian sayap sementara Surendren bergandingan dengan Safee di barisan serangan.
Hasilnya, Selangor berjaya memperolehi gol kedua menerusi penyudah menarik Amri selepas dia menerima hantaran belakang daripada Safee pada minit ke-58.
Gol ketiga Selangor menyusul pada minit ke-77 setelah Surendren berlari pantas melepasi kawalan pertahanan Kuala Lumpur sebelum dia melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan Remezey.
Surendren melengkapkan gol kedua peribadinya dan gol keempat Selangor pada minit ke-88 setelah berjaya menyambut kemas hantaran jauh sebelum memperdayakan Remezey lalu merembat kencang ke arah gawang Kuala Lumpur
Dengan kemenangan itu, Selangor kini mengumpul enam mata maksimum selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Paroi pada aksi sulung Liga Super yang juga perlawanan Piala Sumbangsih Sabtu lalu.
Perlawanan ketiga Liga Super pada Sabtu ini menyaksikan Selangor akan bertemu KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 8.45 malam.
SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 4-Asraruddin Putra Omar, 18-Liew Kit Kong (23-R.Surendren), 8-Safiq Rahim (12-Bunyamin Umar), 14-Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir (20-Amirulhadi Zainal), 17-Amri Yahyah (c), 10-Safee Sali.
Simpanan tidak digunakan: 22-Iqbal Suhaimi, 9-Rudie Ramli, 11-Zaiza Zainal Abidin, 19-D.Surendran.
KUALA LUMPUR: 19-Remezey Che Ros, 6-Jeremy Matthew Danker, 7-Azwan Abd. Malek, 8-Azidan Sarudin (c), 13-Raimi Md. Nor, 14-Badrol Hisham Azmi (17-Fahruzzahar Ali), 18-Yong Kuong Yong (10-Khairul Anuar Shafie), 20-Farouk Hashim, 21-Syafiq Johari (30-Ahmad Hazwan Bakri), 23-Farid Ramli, 25-Ahmad Dashila Tajudin.
Simpanan tidak digunakan: 22-Zahid Ahmad, 2-Shahrom Abd. Kalam, 3-Fitri Jamaludin, 12-See Kok Luen.
| Sat, 31 Jul 2010 20:45 | ||
| Liga Super 2010 | ||
Selangor |
: | Terengganu |
| (Stadium Shah Alam) | ||
| Tue, 03 Aug 2010 20:45 | ||
Kedah |
: | Selangor |
| (Stadium Darulaman) | ||
| Wed, July 28, 2010 | ||||||
| 20:45 | Johor | - | Johor FC | 0 | : | 5 |
| 20:45 | Perlis | - | Terengganu | 2 | : | 4 |
| 20:45 | Kedah | - | Pahang | 3 | : | 0 |
| 20:45 | Kelantan | - | KL Plus | 4 | : | 1 |
| 20:45 | Perak | - | Kuala Lumpur | 0 | : | 1 |
| 20:45 | Pulau Pinang | - | Negeri Sembilan | 0 | : | 3 |
| 20:45 | T-Team | - | Selangor | 1 | : | 2 |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Selangor | 24 | 19 | 3 | 2 | 60:21 | 60 |
| 2 | Kelantan | 24 | 16 | 7 | 1 | 47:13 | 55 |
| 3 | Terengganu | 24 | 14 | 5 | 5 | 49:25 | 47 |
| 4 | Johor FC | 24 | 13 | 4 | 7 | 43:23 | 43 |
| 5 | Kedah | 24 | 9 | 8 | 7 | 32:22 | 35 |
| Kedudukan penuh |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Sriwijaya FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 17:3 | 13 |
| 2 | Binh Duong FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 14:2 | 13 |
| 3 | Selangor | 6 | 1 | 1 | 4 | 7:16 | 4 |
| 4 | Victory SC | 6 | 1 | 1 | 4 | 2:19 | 4 |
| Kedudukan penuh |
| No events |