Selangor 2 PKNS 0

Tuesday, 16 February 2010 18:08

SELANGOR mencerahkan peluang untuk melangkah ke suku akhir Piala FA 2010 setelah menewaskan PKNS 2-0 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dua gol menerusi Farderin Kadir dan R. Surendren pada penghujung setiap babak permainan menjadi bekalan mencukupi untuk dibawa Selangor menjelang perlawanan kedua di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Sabtu ini.

Selangor yang berehat lebih dua minggu tanpa sebarang perlawanan kompetitif setelah mendapat bye pada pusingan pertama selaku juara bertahan seakan sukar untuk mencari rentak penyudah pada awal permainan.

Meskipun menguasai sepenuhnya separuh masa pertama, percubaan berbahaya Selangor hanya hadir pada minit ke-25 tetapi tandukan Amirulhadi Zainal hasil lambungan Safiq Rahim dari sebelah kanan hanya singgah ke palang gol PKNS.

Safiq turut memperolehi peluang keemasan pada minit ke-35 tetapi percubaannya ketika hanya berhadapan penjaga gol PKNS, Saiful Amar Sudar sekadar sipi ke sebelah kiri pintu gol.

Gol yang dicari Selangor akhirnya berjaya diperolehi pada minit ke-43 selepas rembatan kencang kaki kiri Farderin terus menuju tiang kanan dan melantun masuk ke gawang PKNS tanpa mampu diselamatkan oleh Saiful Amar.

Kedudukan separuh masa pertama, Selangor mendahului PKNS 1-0.

Bermula separuh masa kedua, Selangor terus berjaya menguasai permainan dengan PKNS kekal mengamalkan corak permainan bertahan.

Namun pada minit ke-61, jurulatih PKNS, Abdul Rahman Ibrahim memasukkan Alafi Mahmud menggantikan Khairul Akhyar Husain bagi memperkuatkan jentera serangannya.

Jurulatih Selangor, K. Devan turut tidak ketinggalan dengan membawa masuk supersub, R. Surendren menggantikan Safee Sali dua minit kemudian dalam usaha menambah jaringan.

Pada minit ke-65, PKNS memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatan kencang K. Premananthan berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Ketika permainan berbaki tiga minit, Surendren memastikan Selangor berkedudukan selesa apabila berjaya menanduk masuk gol kedua Selangor selepas menerima hantaran lintang Safiq dari sebelah kanan.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharum, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirulhadi Zainal (4-Asraruddin Putra Omar), 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir, 17-Amri Yahyah (c) (9-Rudie Ramli), 10-Safee Sali (23-R.Surendren).

Simpanan tidak digunakan: 1-Fairul Azwan Shahrullail, 12-Bunyamin Umar, 16-Azrine Effendy Saduddin, 25-Fazilidin Khalid.

PKNS: 1-Saiful Amar Sudar, 9-P.Rajes, 5-Khairi Zainuddin, 15-Hairul Nizam Haniff, 4-Fadhil Hashim (c), 23-Azrif Nasrulhaq Badrul, 8-Fairuz Montana Zainal Abidin (18-Fitri Omar), 12-K.Premananthan (14-G.Mahathevan), 3-Aizulridzwan Razali, 24-Khairul Akhyar Husain (10-Alafi Mahmud), 11-Zamri Hassan.

Selangor

Lagi gambar dari perlawanan Selangor lawan PKNS >> KLIK DI SINI

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events