SELANGOR JUARA LIGA SUPER 2010. Selangor 2 Terengganu 0 (Stadium Shah Alam): LAPORAN PERLAWANAN | GALERI GAMBAR | VIDEO

Kelantan 0 Selangor 0

Saturday, 13 March 2010 02:40

Selangor melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Super biarpun diikat 0-0 oleh tuan rumah Kelantan dalam perlawanan penuh menarik di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kelantan menguasai hampir keseluruhan perlawanan yang berlangsung dalam hujan di hadapan kira-kira 20,000 penonton namun dihampakan tindakan penyudah lemah dan kekebalan benteng pelawat.

Tuan rumah berpeluang mencari gol pendahuluan dalam 15 minit pertama, namun percubaan masing-masing dari Mohd Norfarhan Mohd, Mohd Nizad Ayup and Norsharul Idlan Talaha sama ada tersasar atau ditidakkan kecemerlangan penjaga gol Selangor, Mohd Hamsani Ahmad.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-39 apabila Hardi Jaafar menerima hantaran 'through ball' cantik namun sepakannya melambung tinggi tatkala hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan, Khairul Fahmi.

Keadaan perlawanan tidak berubah di separuh masa kedua dengan Kelantan menguasai perlawanan namun gagal menembusi benteng pertahanan Selangor yang dikemudi Khairul Anuar Baharom.

Selangor hampir menghukum kegagalan tuan rumah menyempurnakan deretan peluang yang terhidang namun peluang yang diperolehi masing-masing oleh Amri Yahyah dan pemain gantian R. Surendren gagal disudahkan sekaligus mengakhiri perlawanan dengan keputusan 0-0.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharum, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal (19.D.Surendran), 12.Bunyamin Umar, 14.Hardi Jaafar, 8.Safiq Rahim (4.Asraruddin Putra Omar), 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (23.R.Surendren)

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Tue, 14 Sep 2010 20:45 
Piala Malaysia 2010
Selangor
Selangor
: T-Team
T-Team
(Stadium Shah Alam)

Fri, 17 Sep 2010 20:45 
Felda United
Felda United
: Selangor
Selangor
(Stadium PBKL Cheras)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Tue, August 03, 2010
20:45 Pahang - Johor FC 3 : 0
20:45 Terengganu - KL Plus 1 : 0
20:45 Johor - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Perlis - Negeri Sembilan 2 : 0
20:45 Kedah - Selangor 2 : 0
20:45 Kelantan - T-Team 0 : 0
20:45 Perak - Pulau Pinang 4 : 0
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor26203362:2363
Kelantan26178150:1459
Terengganu26155650:2750
Johor FC26134944:2943
Kedah26108834:2338
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events