SELANGOR JUARA LIGA SUPER 2010. Selangor 2 Terengganu 0 (Stadium Shah Alam): LAPORAN PERLAWANAN | GALERI GAMBAR | VIDEO
SELANGOR semakin hampir untuk dinobatkan juara Liga Super musim ini setelah berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dua jaringan menerusi Safee Sali dan Rudie Ramli memastikan Selangor mengutip tiga mata penuh yang cukup berharga tatkala pencabar terdekat, Kelantan turut meraih kemenangan 4-1 ke atas KL Plus di Kota Bharu.
Berbaki dua perlawanan, Selangor kini kekal di tangga teratas dengan 60 mata manakala Kelantan di tangga kedua dengan 55 mata dan hanya boleh mendapatkan maksimum 61 mata selepas ini.
Justeru, Selangor hanya perlu menang ke atas Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini untuk sah mempertahankan kejuaraan Liga Super tanpa perlu menunggu hingga perlawanan terakhir menentang Kedah di Alor Setar.
Pada aksi di tempat lawan malam tadi, Selangor hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-30 tetapi sepakan percuma Safiq Rahim ditumbuk keluar dengan baik oleh penjaga gol T-Team, Syamsuri Mustafa.
Tiga minit kemudian, jaringan Rudie menerusi satu tandukan cantik dibatalkan pula kerana penyerang Selangor itu didapati berkedudukan ofsaid.
Gol pertama Selangor akhirnya diperoleh pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti Safee setelah dia sendiri dijatuhkan pemain pertahanan T-Team, Shaiful Azrin Shamsudin.
Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada minit ke-60, jaringan Selangor sekali lagi dibatalkan kali ini rembatan kencang Safiq hasil hantaran pendek Safee berjaya menewaskan Syamsuri tetapi Safiq sedikit saja berkedudukan ofsaid.
T-Team sebaliknya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-63 selepas sepakan percuma pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad melencong cantik ke penjuru atas kanan gawang Selangor tanpa mampu ditepis keluar Hamsani Ahmad.
Namun Selangor tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-68 menerusi penyudah kemas Rudie dari tengah kotak penalti selepas dia menerima lorongan baik Safee dari sebelah kanan.
Dua minit kemudian, T-Team hampir menyamakan kedudukan buat kali kedua tetapi kali ini percubaan Shamsul Kamal sempat ditepis oleh Hamsani.
T-Team terus tidak bernasib baik apabila rembatan kencang Norhisham Hassan dari luar kotak penalti pada minit ke-76 sekadar menggegar palang gol Selangor ketika Hamsani sudah tertewas.
Selangor berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 itu sehingga wisel penamat untuk membolehkan mereka mengutip tiga mata penuh.
T-TEAM: 22.Syamsuri Mustafa, 2.Hasbullah Awang, 3.Nor Fazly Alias, 7.Badrul Hisyam Morris, 8.Shaiful Azrin Shamsudin (6.Rosli Muda), 14.Abdul Hadi Yahya, 15.Harizul Izuan Abd. Rani, 16.Shazlan Alias, 19.Rosdi Talib (c), 23.Haris Safwan Kamal (18.Shamsul Kamal Mohamad), 25.Norhisham Hassan (27.Fakhrurazi Musa).
Simpanan tidak digunakan: 24.Shahril Saari, 4.Subri Sulong, 12.Shahrul Ezrain Shamsudin, 21.Ahmad Shahril Zakaria.
SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharom, 11.Zaiza Zainal Abidin, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal, 14.Hardi Jaafar, 17.Amri Yahyah (c), 8.Safiq Rahim (18.Liew Kit Kong), 9.Rudie Ramli (25.Fazilidin Khalid), 10.Safee Sali (23.R.Surendren).
Simpanan tidak digunakan: 22.Iqbal Suhaimi, 4.Asraruddin Putra Omar, 6.Nasriq Baharom, 19.D.Surendran.
PENGADIL: Lismotia Mohem Mohd. Tisan
| Tue, 14 Sep 2010 20:45 | ||
| Piala Malaysia 2010 | ||
Selangor |
: | T-Team |
| (Stadium Shah Alam) | ||
| Fri, 17 Sep 2010 20:45 | ||
Felda United |
: | Selangor |
| (Stadium PBKL Cheras) | ||
| Tue, August 03, 2010 | ||||||
| 20:45 | Pahang | - | Johor FC | 3 | : | 0 |
| 20:45 | Terengganu | - | KL Plus | 1 | : | 0 |
| 20:45 | Johor | - | Kuala Lumpur | 0 | : | 1 |
| 20:45 | Perlis | - | Negeri Sembilan | 2 | : | 0 |
| 20:45 | Kedah | - | Selangor | 2 | : | 0 |
| 20:45 | Kelantan | - | T-Team | 0 | : | 0 |
| 20:45 | Perak | - | Pulau Pinang | 4 | : | 0 |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Selangor | 26 | 20 | 3 | 3 | 62:23 | 63 |
| 2 | Kelantan | 26 | 17 | 8 | 1 | 50:14 | 59 |
| 3 | Terengganu | 26 | 15 | 5 | 6 | 50:27 | 50 |
| 4 | Johor FC | 26 | 13 | 4 | 9 | 44:29 | 43 |
| 5 | Kedah | 26 | 10 | 8 | 8 | 34:23 | 38 |
| Kedudukan penuh |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Sriwijaya FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 17:3 | 13 |
| 2 | Binh Duong FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 14:2 | 13 |
| 3 | Selangor | 6 | 1 | 1 | 4 | 7:16 | 4 |
| 4 | Victory SC | 6 | 1 | 1 | 4 | 2:19 | 4 |
| Kedudukan penuh |
| No events |