Felda United 1 Selangor 4

on .

Selangor meneruskan aksi cemerlang dalam kempen Piala Malaysia 2010 apabila mudah menewaskan juara Liga Premier, Felda United 4-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Kemenangan ini membolehkan Selangor mendahului Kumpulan D dengan 6 mata diikuti T-Team (3 mata) yang turut mencatat kemenangan 4-0 menewaskan Perlis dalam satu lagi aksi peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Selangor tidak menunggu lama apabila mendahului seawal minit ke-2 apabila D Surendran menyempurnakan sepakan percuma yang diperolehi setelah Safee Sali dijatuhkan pemain Felda United, Nizam Abu Bakar.

Tersentak dengan gol awal lawan, Felda United mencipta beberapa peluang untuk menghasilkan jaringan namun gagal menembusi benteng Selangor yang dikawal Hamsani Ahmad.

Pasukan pelawat sebaliknya menambah jaringan pada minit ke-34 menerusi pemain tengah kebangsaan Safiq Rahim yang membuat rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Felda Zainal Rabin setelah menerima hantaran dari Amirulhadi Zainal di sebelah kanan.

Mendahului 2-0, Selangor dilihat melonggarkan penguasaan permainan lantas kesempatan itu diambil oleh pasukan tuan rumah yang merapatkan jurang menerusi gol jaringan Rashid Mahmud selepas bola gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Merah Kuning pada minit ke-41.

Perlawanan separuh masa tamat dengan Selangor mendahului 2-1.

Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah hampir melebarkan perbezaan jaringan namun sepakan menariknya pada minit ke-50 sekadar tersasar.

Namun Selangor terus selesa di hadapan lapan minit kemudian apabila Amirulhadi yang tidak dikawal mempunyai ruang dan masa untuk melorongkan bola kepada Safee yang mudah menyepak kencang menewaskan Zainal Rabin untuk kedudukan 3-1.

Jurulatih Selangor K. Devan mengambil peluang ini untuk membuat dua pertukaran apabila memasukkan Rudie Ramli pada minit ke-60 bagi menggantikan D Surendran dan R Surendren menggantikan Safee Sali 10 minit kemudian.

Pada minit ke-72, kekasaran terhadap pemain Felda menyebabkan kekeliruan berlaku lantas kesempatan ini diambil oleh Amirulhadi yang berlari berseorangan membawa bola sebelum meperdayakan Zainal Rabin untuk gol keempat Selangor.

Selangor akan berhadapan Perlis pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam pada Isnin ini.

FELDA UNITED: 1.A. Zainal Rabin, 2.Mohd Khairul Anuar Jamil, 6.Ashadi Mohd Yusof, 8.Rashid Mahmud, 10.Khairul Izwan Khalid (14.Mohd Arsyah Ayob), 12.Amir Shahreen Abd Mubin (31.G Puaneswaran), 13.Mohd Munir Amran, 17.Abdul Ghani Abdul Rahman, 18.Mohd Juzaili Samion, 22.Kaironnisam Sahabudin (c), 23.Nizam Abu Bakar (21.Saufi Ibrahim)

Simpanan Tidak Digunakan: 25.Rozaimi Robin, 4.Mohd Hasmarul Fadzir, 11.Norismaidham Ismail, 16.Chow Chee Weng

SELANGOR: 21.Mohd Hamsani Ahmad, 3.Mohd Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharom, 6.Mohd Nasriq Baharom (11.Mohd Zaiza Zainal Abidin), 20.Amirulhadi Zainal, 8.Safiq Rahim, 14.Hardi Jaafar, 19.D.Surendran (9.Rudie Ramli), 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (23.R.Surendren).

Simpanan tidak digunakan: 22.Iqbal Suhaimi, 24.Fitri Shazwan Raduwan, 25.Fazilidin Khalid.

logo mbi  logo kappa  logo arena