Jadual & Keputusan Pra Musim 2012

on .

SELANGOR 2 Sime Darby 0
3.30 Petang 8 Disember 2011
Stadium UPM Serdang

Selangor memulakan aksi pra-musim menjelang 2012 dengan menewaskan Sime Darby 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium UPM, Serdang. Gol-gol Selangor dijaringkan pemain import yang menjalani trial pada babak pertama sebelum bekas penyerang Johor FC Wan Mohd Hoesne Wan Hussain menambah jaringan di separuh masa kedua.

SELANGOR: Norazlan Razali, Mohd Razman Roslan, Ramez Dayoub (Md Hasmarul Fadzir Hassan), Mohd Nasriq Baharom (Mohd Asraruddin Putra Omar), P Gunalan, Mohd Amirulhadi Zainal (Adib Aizuddin Ab Latif), Azidan Sarudin (Famirul Asraf Sayuti), Mohd Bunyamin Umar (Khairul Anuar Khalid), Mohd Fitri Shazwan Raduwan (Solihin Kanasian), R Surendren (Wan Mohd Hoesne Wan Hussain), Pemain Import Trial 1 (Pemain Import Trial 2)

SELANGOR 5 MP Muar 0
5.00 Petang 14 Disember 2011
Stadium MBPJ Kelana Jaya

Aksi pra-musim kedua Selangor menjelang 2012 menyaksikan Merah Kuning garang menewaskan MP Muar FC 5-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Walaupun lawan diterajui pemain import dari Zambia, Evans Chisulo yang juga merupakan bekas pemain Selangor pada 2008, ianya tidak menghalang Amri Yahyah dan Fitri Shazwan menjaringkan gol bagi membolehkan Selangor mendahului 2-0 di separuh masa pertama sebelum Bunyamin Umar, Adib Aizuddin dan Solihin Kanasian masing-masing menambah jaringan di babak kedua.

SELANGOR: Norazlan Razali (Fairul Azwan Shahrullai), Mohd Nasriq Baharom, Mohd Asraruddin Putra Omar (Md Hasmarul Fadzir Hassan), Ramez Dayoub, P Gunalan, Azidan Sarudin (Safiq Rahim), Mohd Bunyamin Umar (Khairul Anuar Khalid), Mohd Fitri Shazwan Raduwan (Solihin Kanasian), Mohd Amirulhadi Zainal (Adib Aizuddin Ab Latif), Mohd Amri Yahyah, Wan Mohd Hoesne Wan Hussain (Famirul Asraf Sayuti)

SELANGOR 3 PDRM 1
5.00 Petang 17 Disember 2011
Stadium MPSJ, USJ

Irfan Bakti membuat keputusan untuk merehatkan Ramez Dayoub dan mencuba gandingan Nasriq dan Hasmarul di benteng untuk perlawanan pra musim ketiga ini namun ianya tidak menghalang Gergasi Merah untuk menundukkan PDRM 3-1 menerusi jaringan hattrik ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah.

SELANGOR: Norazlan Razali, Mohd Razman Roslan (Khairul Anuar Khalid), Mohd Nasriq Baharom, Md Hasmarul Fadzir Hassan (Mohd Fazilidin Khalid), Mohd Asraruddin Putra Omar, Azidan Sarudin, Mohd Bunyamin Umar (Famirul Asraf Sayuti), Safiq Rahim, Mohd Fitri Shazwan Raduwan (Solihin Kanasian), Mohd Amirulhadi Zainal (Adib Aizuddin Ab Latif), Mohd Amri Yahyah (Wan Mohd Hoesne Wan Hussain).

SELANGOR 2 MP Muar 1
5.00 Petang 20 Disember 2011
Stadium MP Muar, Johor

Selangor memulakan siri perlawanan persahabatan di selatan tanahair dengan bertandang ke Stadium MP Muar untuk pertemuan kali kedua dengan kelab ini. Tidak seperti perlawanan pertama, pasukan tuan rumah berjaya memberikan saingan sengit sebelum jaringan P Gunalan dan Adib Aizuddin memberikan kemenangan buat Selangor.

SELANGOR: G Jeevananthan, Mohd Razman Roslan, Ramez Dayoub, Mohd Asraruddin Putra Omar (Mohd Nasriq Baharom), P Gunalan, Safiq Rahim, Azidan Sarudin, Mohd Bunyamin Umar (Famirul Asraf Sayuti), Mohd Amirulhadi Zainal, Adib Aizuddin Ab Latif (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Mohd Amri Yahyah (R Surendren)

SELANGOR 4 Johor 1
8.00 Malam 22 Disember 2011
Stadium Pasir Gudang, Johor

Selangor tidak menghadapi masalah untuk menewaskan skuad Liga Premier Johor 4-1 menerusi jaringan Amri Yahyah, Amirulhadi Zainal, Ramez Dayoub dan R Surendren

SELANGOR: Norazlan Razali, Mohd Razman Roslan, Ramez Dayoub, Mohd Nasriq Baharom, P Gunalan, Mohd Bunyamin Umar, Mohd Fitri Shazwan Raduwan, Azidan Sarudin, Mohd Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah

Pemain gantian: Mohd Asraruddin Putra Omar, Md Hasmarul Fadzir Hasaan, Famirul Asraf Sayuti, R Surendren, Solihin Kanasian, Mohd Fazilidin Khalid, Adib Aizuddin Ab Latif, Wan Mohd Hoesne Wan Hussain, Khairul Anuar Khalid

SELANGOR 0 Johor FC 2
5.00 Petang 23 Disember 2011
Stadium Pasir Gudang, Johor

Perlawanan ini menyaksikan Selangor turun menentang bekas jurulatih mereka untuk tiga musim yang lalu, K Devan yang kini membimbing Johor FC. Keadaan padang lecak di samping penampilan barisan kedua bagi memberi rehat kepada pemain-pemain yang bermain kurang 24 jam yang lalu menyaksikan Selangor tewas 0-2 kepada tuan rumah hasil jaringan Zamri Chin dan Haris Safwan Kamal.

SELANGOR 7 UITM 0
8.00 Malam 27 Disember 2011
Stadium UITM Shah Alam
SELANGOR 0 NS Betaria 0
5.00 Petang 30 Disember 2011
Stadium UITM Shah Alam

Selangor mencatat keputusan seri pertama dalam siri perlawanan persahabatan pra-musim apabila diikat oleh kelab NS Betaria. Perlawanan turut menyaksikan pemain pertahanan import dari Lebanon, Ramez Dayoub gagal menjaringkan sepakan penalti yang diperolehi Selangor.

SELANGOR 2 Pos Malaysia 0
5.00 Petang 3 Januari 2012
Stadium MBPJ Kelana Jaya

Gol dari Asraruddin Putra Omar dan Amri Yahyah dalam tempoh dua minit di separuh masa kedua memastikan anak buah Irfan Bakti mencatat kemenangan 2-0 ke atas Pos Malaysia dalam aksi persahabatan terakhir sebelum Liga bermula. Penyerang import dari Congo, Blaise Lelo Mbele turut membuat penampilan dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.

logo mbi  logo kappa  logo arena