KM Naza 3 Selangor 2
Selangor tewas 2-3 kepada Kuala Muda Naza (KM Naza) dalam aksi pelengkap Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Darulaman malam tadi. Keputusan ini sekaligus membolehkan pasukan tuan rumah turut mengiringi Selangor ke suku akhir.
Lawan Selangor di suku akhir nanti adalah naib juara Kumpulan B iaitu Terengganu di mana perlawanan pertama akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam pada Selasa, 20 Ogos nanti.
Dengan kedudukan sebagai juara kumpulan kekal utuh walau apa pun keputusan perlawanan, K Devan mengambil kesempatan ini dengan merehatkan sebahagian besar pemain kesebelasan utamanya. Gol Selangor diperolehi masing-masing menerusi Sritharan dan Safee bagi membolehkan pasukan pelawat mendahului 2-1 sebelum dua gol lewat perlawanan yang dijaringkan KM Naza merosakkan rekod tanpa kalah Selangor sejak kali terakhir tewas kepada Terengganu dalam aksi Liga Super pada 31 Mac yang lalu.
SELANGOR: Mohd Nasril Nourdin, D Surendran, Khairul Anuar Baharom, Mohd Nasriq Baharom, P Gunalan, Mohd Fazli Baharudin (Mohd Hardi Jaafar), Fitri Shazwan Raduwan (R Surendren), K. Nanthakumar, Khairil Anuar Khalid, Mohd Safee Sali, S Sritharan (Mohd Amri Yahyah)


