Liga Super: Pahang 2 Selangor 1

on .

SELANGOR gagal mempertahankan kedudukan di tangga kedua Liga Super setelah tewas 1-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Kelantan kekal di tangga teratas dengan 44 mata biarpun seri 2-2 dengan Harimau Muda A manakala Terengganu naik ke tangga kedua juga dengan 44 mata setelah menewaskan Negeri Sembilan 3-0.

Selangor pula turun ke tangga ketiga apabila kekal dengan 42 mata selepas berakhir 21 perlawanan.

Saingan Liga Super musim ini masih berbaki lima perlawanan.

Pada aksi di Kuantan malam tadi, Pahang mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi rembatan Azamuddin Akil yang gagal diselamatkan Iqbal Suhaimi selepas dia menerima hantaran Fazli Baharudin pada minit ke-26.

Selangor terus tertekan apabila Pahang menambah gol kedua pada minit ke-80 hasil tolakan Munir Amran selepas menerima lorongan Azamuddin dari sebelah kanan.

Penyerang gantian Selangor, S. Sritharan gagal membantu apabila dia pula dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-88 memaksa pelawat terpaksa beraksi 10 pemain.

Namun D. Surendran berjaya juga menghadirkan gol saguhati buat Selangor pada masa kecederaan menerusi sepakan percuma yang memperdayakan Rosfaizul Azuar Ali.

Selangor akan bertemu Harimau Muda A di Stadium Shah Alam pada aksi seterusnya, Rabu ini.

PAHANG: 1. Rosfaizul Azuar Ali, 2. Jalalludin Jaafar (c), 3. Saiful Nizam Miswan, 6. Hazri Rozali, 11. Famirul Asraf Sayuti, 12. Azamudin Akil, 13. Fazli Baharudin, 17. Zaiza Zainal Abidin, 20. Shahrizan Salleh, 21. Munir Amran, 30. Shafie Zahari.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 19. D. Surendran, 6. Nasriq Baharom, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim, 12. Bunyamin Umar, 24. Fitri Shazwan Raduwan, 9. Rudie Ramli, 17. Amri Yahyah (c).

logo mbi  logo kappa  logo arena