Liga Super: Perak 0 Selangor 0

on .

SELANGOR gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super setelah sekadar seri 0-0 dengan Perak pada aksi terakhir di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Malah keputusan seri itu sekadar meletakkan Selangor menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga setelah dipintas Terengganu yang membelasah Felda United 6-2 di Kelana Jaya.

Manakala Kelantan berjaya muncul juara Liga Super buat pertama kali setelah menewaskan Sabah 2-1 di Kota Kinabalu.

Selepas selesai 26 perlawanan, Kelantan di tangga teratas dengan mengumpul 56 mata diikuti Terengganu di tangga kedua dengan 53 mata manakala Selangor di tangga ketiga dengan 52 mata.

Pada aksi di Ipoh malam tadi, Selangor hampir mendahului pada minit ke-34 tetapi rembatan Amirulhadi Zainal sekadar menggegar tiang kiri gol Perak.

Perak pula nyaris memperolehi jaringan pada masa kecederaan babak pertama tetapi sepakan percuma Mohd. Noor Hazrul Mustafa berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Babak kedua pula menyaksikan penguasaan penuh permainan oleh pasukan Perak yang dihidangkan deretan peluang keemasan.

Mujur Iqbal beraksi cemerlang untuk beberapa kali menyelamatkan percubaan barisan serangan Perak untuk keputusan seri tanpa jaringan.

PERAK: 25. Nasril Nourdin, 6. Syazwan Roslan (4. Syahman Zainuddin), 3. Khairi Zainudin, 24. Hisyamudin Shaari, 19. Mohd. Noor Hazrul Mustafa, 16. Fazrul Hazli Kadri, 8. Shahrulnizam Mustapa (c), 17. K. Nanthakumar, 26. Nurridzuan Abu Hassan (22. Isma Alif Salim), 9. Shafiq Jamal (10. Nazri Kamal), 30. Shazuan Ashraf Mathews.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 19. D. Surendran (3. Razman Roslan), 4. Asraruddin Putra Omar, 5. Khairul Anuar Baharum, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim, 18. Azidan Sarudin, 24. Fitri Shazwan Raduwan (23. Fadzli Saari), 9. Rudie Ramli (14. Hardi Jaafar), 17. Amri Yahyah (c).

PENGADIL: Nagor Amir Noor Mohamad.

logo mbi  logo kappa  logo arena