Liga Super: Selangor 2 Pahang 1

on .

SELANGOR terus menghambat Kelantan di tangga teratas Liga Super selepas berjaya menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Sebelum perlawanan, Selangor di tangga ketiga berkongsi 14 mata dengan Kelantan dan Felda United.

Namun kekalahan Felda United 0-1 kepada Perak membolehkan Selangor memanjat tangga kedua untuk berkongsi 17 mata dengan Kelantan yang kekal di tangga teratas setelah menewaskan Harimau Muda A 2-1 di Kota Bharu kelmarin.

Pada aksi di Stadium Shah Alam malam tadi, Selangor memperolehi dua gol pada awal babak pertama.

Gol pertama Selangor terhasil menerusi jaringan cantik Hardi Jaafar pada minit ke-5.

Hanya seminit kemudian, Selangor mengukuhkan kedudukan hasil jaringan Amri Yahyah untuk mendahului selesa 2-0.

Namun jurulatih Selangor, K. Devan terpaksa membuat pertukaran awal pada minit ke-33 apabila Yosri Derma Raju dibawa masuk menggantikan Khairul Anuar Baharum yang mengalami kecederaan.

Baru 10 minit babak kedua bermula, Selangor terus mencetuskan kebimbingan penyokong mereka apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Pemain pertahanan tengah, Nasriq Baharom dibuang padang setelah mengutip kad kuning kedua pada minit ke-55.

Bagaimanapun Pahang gagal mengambil kesempatan tersebut dan hanya berjaya memperolehi gol saguhati pada penghujung perlawanan menerusi R. Karthigesu.

Perlawanan ke-9 bakal berlangsung Selasa ini dengan Selangor akan bertandang ke gelanggang lawan untuk bertemu Harimau Muda A di Stadium Shah Alam.

SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 3. Razman Roslan, 5. Khairul Anuar Baharum (16. Yosri Derma Raju), 6. Nasriq Baharom, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 8. Safiq Rahim, 18. Azidan Sarudin, 14. Hardi Jaafar (24. Fitri Shazwan Raduwan), 9. Rudie Ramli (4. Asraruddin Putra Omar), 17. Amri Yahyah (c)

PAHANG: 25. Suffian Ab. Rahman, 2. Jalalludin Jaafar (c), 3. Saiful Nizam Miswan, 4. Fadzirul Zakaria, 21. Munir Amran, 11. Famirul Asraf Sayuti (6. Hazri Rozali), 12. Azamudin Akil, 13. Fazli Baharudin, 20. Shahrizan Salleh, 9. R. Kartigesu, 10. R. Surendren (15. Abdul Malik Mat Ariff) (7. R. Surendran)

logo mbi  logo kappa  logo arena