P. Pinang 0 Selangor 1
Selangor berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan keputusan 1-0 buat kali kedua berturut-turut dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam tadi.
Jika Sabtu lalu Rudie Ramli menjadi penyelamat, gol tunggal Selangor kali ini hadir menerusi Safee Sali pada awal babak kedua.
Kemenangan ini membolehkan Selangor terus mengekor pendahulu liga Perlis yang kekal di tangga teratas dengan 38 mata manakala Selangor di tangga kedua dengan 37 mata.



