Pasukan futsal tetap fokus
Pasukan Futsal Lelaki dan Wanita Selangor akan mempertahankan rekod tanpa kalah pada Kejohanan Futsal Kebangsaan FELDA 2008 di Kuantan dan hujung minggu ini.
Pada pusingan pertama di Felda Jengka 14, Pahang pasukan lelaki Selangor telah memenangi ketiga-tiga perlawanan dengan menewaskan Kelantan 5 – 2, mengalahkan MP Muar 9 – 1 dan menundukkan ATM 2 – 0. Kelebihan 6 mata akan dipertahankan untuk layak ke peringkat akhir di Felda Trolak pada 16 hingga 18 Januari, 2009.
Pasukan Wanita Selangor pula menang 7 – 0 ketika bertemu Kelantan, serta menang 17 – 0 MP Muar dan mengalahkan ATM 4 – 0.
“Saya berharap pemain akan tetap fokus dan komited pada pusingan kedua nanti. Walaupun pasukan telah menang ketiga-tiga perlawanan saya berharap pemain tidak akan berasa selesa dan leka di Kuantan nanti” ujar Encik K. Santhanaraju, Pengurus Pasukan Futsal Lelaki Selangor.
Pasukan Futsal Selangor akan bertolak ke Kuantan pada hari Khamis ini bagi mengharungi pusingan kedua Kejohanan tersebut dan akan membuka tirai bertemu ATM pada hari Jumaat, bermain dengan MP Muar pada hari Sabtu dan perlawanan ketiga bertemu Kelantan pada hari Ahad.
“Walaupun terdapat kecederaan kepada beberapa pemain utama tetapi pasukan Selangor tetapi serius menjalani latihan di HTO de Futsal, Subang Jaya dan akan cuba memastikan untuk layak ke pusingan akhir di Felda Trolak kelak” menurut Encik Rosman Mohd Ibrahim, Pengurus Pasukan Futsal Wanita Selangor.


