PDRM 2 Selangor 2

on .

Keputusan seri 2-2 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah cukup buat Selangor untuk melayakkkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia pada aksi Kumpulan D di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Dengan 13 mata, Selangor tidak mampu dipintas lagi oleh pasukan di tangga kedua, Kuala Muda Naza yang menang 3-1 ke atas Sabah di Tawau dalam perlawanan yang turut berlangsung semalam.

Menyedari hanya memerlukan 1 mata daripada baki 2 perlawanan, jurulatih Selangor K. Devan mengambil keputusan untuk merombak kesebelasan utamanya dengan merehatkan Hamsani Ahmad, Nasriq Baharom dan Safee Sali dan menggunakan khidmat Nasril Nourdin dan Zaiza Zainal Abidin di samping memberi peluang kepada S Sritharan beraksi sebagai pemain gantian di separuh masa kedua.

Rudie Ramli tidak menunggu lama u ntuk membuka tirai jaringan Selangor pada minit ke-11 sebelum penyerang tuan rumah Khairul Izuan Abdullah berjaya menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

Selangor kemudiannya dikejutkan pada minit ke-38 menerusi jaringan Abdul Rayjal Jalil sebelum ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah memastikan Selangor tidak pulang hampa dengan gol penyamaan pada minit ke-55.

Selangor akan menamatkan kempen Piala Malaysia dengan perlawanan bertemu Kuala Muda Naza di Stadium Darulaman Selasa ini.

logo mbi  logo kappa  logo arena