Perak 1 Selangor 2

on .

Selangor mencatat kemenangan 2-1 ke atas Perak dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Perak malam tadi.

Safee Sali menamatkan kemarau golnya apabila menjaringkan gol pendahuluan Selangor pada minit ke-30 menerusi sepakan penalti selepas pemain sayap C Premnath dijatuhkan penjaga gol lawan.

Amri Yahyah melebarkan kelebihan jaringan Selangor pada minit ke-52 untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum pasukan tuan rumah merapatkan jurang menerusi gol dari Razali Umar Kandasamy pada minit ke-73.

Perak kemudiannya terpaksa beraksi 10 orang setelah Razali diarah keluar padang oleh pengadil setelah menerima kad kuning keduanya.

Perlawanan kedua suku akhir akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

logo mbi  logo kappa  logo arena