Perlis 1 Selangor 1
Selangor membawa pulang 1 mata dari Perlis setelah diikat 1-1 oleh skuad tuan rumah dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar semalam.
Perlis yang menguasai sebahagian besar babak perlawanan mendahului seawal minit ke-10 sebelum Selangor menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma Safiq Rahim dari jarak 25 meter yang menewaskan penjaga gol tuan rumah Farizal Marlias pada minit ke-37.
Keputusan ini membolehkan Selangor terus kekal sebagai pendahulu liga dengan kelebihan 2 mata setelah Terengganu yang mencatat kemenangan merapatkan jurang.


