Persahabatan: Selangor 0 Kelantan 1

on .

REKOD tanpa kalah Selangor pada siri aksi persahabatan menjelang Piala Malaysia 2011 lebur setelah tewas 0-1 kepada Kelantan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor mencatat kemenangan 1-0 pada dua aksi persahabatan pertama mereka dengan menewaskan skuad kebangsaan dan ATM sebelum seri 0-0 dengan Felda pada Sabtu lalu.

Pada aksi malam tadi, Kelantan membariskan empat pemain kebangsaan - Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanthuru, Shakir Shaari dan Rizal Fahmi Rosid dalam kesebelasan utama.

Sementara Selangor hanya memasukkan tiga pemain kebangsaan - Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar dan Safiq Rahim sebagai pemain gantian.

Kelantan berjaya menguasai permainan pada separuh masa pertama dan akhirnya berjaya memperolehi jaringan menerusi penyerang pinjaman dari Pahang, Azamuddin Akil pada minit ke-29.

Namun Selangor bangkit menguasai permainan pada babak kedua tetapi usaha bertubi-tubi mereka tetap gagal menembusi gawang Kelantan sehingga wisel penamat.

Perlawanan seterusnya, Selangor akan bertemu Johor FC pada Sabtu ini dan bertemu Sime Darby pada Rabu depan, kedua-duanya di Stadium Shah Alam sebelum aksi terakhir bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 27 Ogos.

SELANGOR: Iqbal Suhaimi, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Yosri Derma Raju, P. Gunalan, Haziq Zikri Elias (Amirulhadi Zainal 42), Hardi Jaafar (Safiq Rahim 82), Fadzli Saari, Fitri Shazwan Raduwan (Asraruddin Putra Omar 68), Rudie Ramli (Azidan Sarudin 71), Amri Yahyah (c).

KELANTAN: Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Rizal Fahmi Rosid (Nik Shahrul Azim 49), Aziz Ismail, S. Chanthuru (Aris Zaidi 77), Shakir Shaari (Khairul Ezuan Razali 73), Badhri Radzi (c), Solihin Kanasian (Nizad Ayub 66), Azamuddin Akil (R. Surendren 66), Norshahrul Idlan Talaha (Ramzul Zahini Adenan 80).

Pengadil: Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.

logo mbi  logo kappa  logo arena