Persahabatan: Selangor 1 Perth SC 1

on .

SKUAD Liga Super Selangor berjaya mengikat kelab Australia, Perth SC 1-1 pada aksi persahabatan kedua di Dorrien Gardens malam tadi sempena kunjungan pramusim di Perth, Australia.

Ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Andreas Olivera pada minit ke-35, Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 menerusi jaringan pemain gantian, S. Sritharan.

Jurulatih Selangor, K. Devan menurunkan kesebelasan utama terdiri daripada Iqbal Suhaimi, D. Surendran, Khairul Anuar Baharom, Yosri Derma Raju, P. Gunalan, Amirulhadi Zainal, Hardi Jaafar, Amri Yahyah, Fitri Shazwan Raduwan, Fadzli Saari dan Safee Sali.

Enam pertukaran dilakukan Devan sepanjang separuh masa kedua dengan memasukkan Razman Roslan, Fazilidin Khalid, Rudie Ramli, Asraruddin Putra Omar, Sritharan dan K. Depan Sakwati.

Mereka menggantikan Surendran, Hardi, Fadzli, Gunalan, Amirulhadi dan Fitri.

Enam pemain tidak beraksi pada perlawanan malam tadi iaitu Saiful Amar Sudar, Fairul Azwan Shahrullail, Bunyamin Umar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim dan Azidan Sarudin.

Pada perlawanan persahabatan pertama Isnin lalu, Selangor tewas 1-2 kepada Bayswater dengan jaringan tunggal terhasil menerusi tandukan Surendran.

Skuad Selangor yang tiba di Perth pada Sabtu lalu bakal menghadapi aksi persahabatan menentang Stirling Lions pada Jumaat ini.

Mereka akan pulang ke tanah air pada 9 Januari bagi membuat persiapan akhir sebelum menghadapi Kelantan pada 29 Januari depan untuk aksi pembuka tirai 2011, Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam.

logo mbi  logo kappa  logo arena