Persahabatan: Selangor 2 Sime Darby 0

on .

Selangor memulakan aksi pra-musim menjelang 2012 dengan menewaskan Sime Darby 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium UPM, Serdang petang semalam.

Setelah menjalani latihan penuh selama seminggu, jurulatih baru Merah Kuning, Irfan Bakti Abu Salim menggunakan perlawanan ini untuk menguji keserasian pemain dalam aksi kompetitif.

Ini dapat dilihat apabila beliau menggunakan dua barisan berbeza untuk setiap separuh masa perlawanan.

Pastinya aksi mantap pertahanan kebangsaan Lubnan, Ramez Dayoub, 27, yang kemas mengemudi benteng serta beberapa pemain baru yang berjaya membentuk persefahaman bersama pemain lama menggembirakan Irfan.

Selangor mendominasi perlawanan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung petang kelmarin namun tertangguh akibat hujan lebat.

Gol-gol Selangor dijaringkan pemain import yang menjalani trial pada babak pertama sebelum bekas penyerang Johor FC Wan Mohd Hoesne Wan Hussain menambah jaringan di separuh masa kedua.

Selangor akan bertemu Majlis Perbandaran Muar FC pada aksi pemanas badan seterusnya pada 5 petang 14 Disember di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

SELANGOR: Norazlan Razali, Mohd Razman Roslan, Ramez Dayoub (Hasmarul Fadzir Hassan), Mohd Nasriq Baharom (Mohd Asraruddin Putra Omar), P Gunalan, Mohd Amirulhadi Zainal (Adib Aizuddin Ab Latif), Azidan Sarudin (Famirul Asraf Sayuti), Mohd Bunyamin Umar (Khairul Anuar Khalid), Mohd Fitri Shazwan Raduwan (Solihin Kanasian Abdullah), R Surendren (Wan Mohd Hoesne Wan Hussain), Pemain Import Trial 1 (Pemain Import Trial 2)

logo mbi  logo kappa  logo arena