Piala FA: Johor 1 Selangor 2

on .

Selangor mara ke perlawanan separuh akhir Piala FA apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Johor seterusnya layak dengan agregat 5-2 dalam perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Dengan kemenangan ini Selangor bakal bertemu Kelantan dalam perlawanan yang dijadualkan pada 13 dan 16 Mei depan.

Walaupun mendahului selesa secara agregat hasil kemenangan 3-1 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam Selasa lalu, pasukan pelawat tidak mengambil mudah cabaran Johor.

Sebaliknya Selangor terlebih dahulu membuka jaringan menerusi ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-30. Amri kemudiannya memastikan Selangor terus selesa apabila menambah jaringan selepas 5 minit aksi babak kedua berlangsung.

Walaupun Johor berjaya merapatkan jurang menerusi penyerang Norizam Salaman lapan minit kemudian, kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

logo mbi  logo kappa  logo arena