Piala Malaysia: T-Team 1 Selangor 0

on .

MISI 33 Selangor bermula dengan langkah kiri apabila skuad bimbingan K Devan itu tewas 0-1 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Pada aksi sulung Kumpulan D itu, Selangor yang memburu sekurang-kurangnya satu mata dikecewakan menerusi jaringan tunggal Nor Fazly Alias pada minit ke-72.

Pada babak pertama, Selangor memiliki beberapa peluang terbaik tetapi gagal disudahkan dua gandingan serangan, Amri Yahyah dan Safiq Rahim.

Bersambung babak kedua, Selangor dan T-Team terus berusaha mencari gol pendahuluan.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-65 tetapi rembatan Fadzli Saari sempat ditepis keluar penjaga gol pinjaman T-Team, Jibrail Kamaron Baharin.

Sebaliknya T-Team bimbingan Yunus Alif akhirnya berjaya memperolehi gol kemenangan pada minit ke-72 menerusi rembatan Nor Fazly dalam kotak penalti setelah P Gunalan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

T-Team berpeluang menambah jaringan selepas itu tetapi beberapa percubaan menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad gagal menembusi gawang Selangor yang dikawal penjaga gol pinjaman, G Jeevananthan.

Sementara itu, pada satu lagi aksi Kumpulan D malam tadi, PDRM tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur di Paroi, Seremban.

Selangor selepas ini akan bertemu PDRM di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

T-TEAM: Jibrail Kamaron Baharin, Azizi Mat Rose, Nor Fazly Alias, Subri Sulong, Hasbullah Awang, Zairo Anuar Zalani, Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Rosdi Talib (c), Shamsul Kamal Mohamad, Fitri Omar.

SELANGOR: G Jeevananthan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Yosri Derma Raju, P Gunalan, Amirulhadi Zainal, Hardi Jaafar, Fadzli Saari, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim, Amri Yahyah (c).

Pengadil: Mohd Zohri Tajudin

logo mbi  logo kappa  logo arena