Piala Presiden Catat Kemenangan
Setelah mengharungi 4 perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan, skuad Piala Presiden Selangor akhirnya berjaya mencapai kemenangan apabila menewaskan Pahang 3-2 di Padang MPK 1A, Kuantan petang tadi. Gol-gol Selangor dijaringkan oleh A Puvanarajah, Ahmad Luqman Husaini dan Akbar Khamis.


