Piala Presiden: Selangor terikat
Skuad Piala Presiden Selangor terikat 1-1 dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Presiden yang berlangsung di Padang SUK petang tadi. Selangor terlebih dahulu membuka jaringan melalui pemain berjersi no 13 Azrul Haziq Amran pada minit ke-40 untuk membolehkan tuan rumah mendahului 1-0 di babak pertama.
Selangor berpeluang menambah jaringan namun ketumpulan barisan serangan melakukan penyudah berkesan menyaksikan Negeri Sembilan mencuri satu mata apabila menyamakan kedudukan pada minit ke 68.
Selangor: 22-Hafiz Shamsuddin, 12-G Ganesan, 3-Mohd Taufiq Shukor (25-K Gunasegaran), 5- Fikrry Tukiman (ketua pasukan), 24-Zul Hisyam Safian (16-Taufiq Alias), 10-A Puvanarajah, 7-Khairil Anuar Khalid, 9-Ahmad Shazwan Azahar (20-Mohd Firdaus Radzi), 18-C Premnath, 13-Mohd Azrul Haziq, 23-Ahmad Luqman Husaini (14-Mohamad Akbar Khamis)


