Pulau Pinang 0 Selangor 1
Selangor melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Super setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan malam tadi.
Gol tunggal Rudie Ramli pada minit ke-77 hasil lorongan cantik pemain gantian Mohd. Safee Sali sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga kepada skuad Red Giants menjelang pertemuan bertemu Kedah pada 6 Mac nanti.
Turun tanpa gandingan Amri Yahyah dan Safee Sali, ternyata Selangor menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng tuan rumah walaupun memperolehi beberapa peluang keemasan namun digagalkan sama ada oleh penyudah lemah atau kehebatan penjaga gol lawan Amir Omar Khata.
Ketika Pulau Pinang kelihatan mampu mengikat pasukan pelawat, Rudie muncul sebagai wira.
Selangor kini mengumpul 19 mata selepas lapan perlawanan manakala Pulau Pinang terus menghuni dasar liga dengan hanya empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.
SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 11-Mohd Zaiza Zainal Abidin, 20-Amirulhadi Zainal, 23-R.Surendren (10-Safee Sali), 14-Hardi Jaafar, 15-P.Gunalan (c), 9-Rudie Ramli (25-Fazilidin Khalid), 8-Safiq Rahim, 18-Liew Kit Kong (4-Mohd Asraruddin)


