RM15,000 menanti setiap pemain

on .

SKUAD Selangor mendapat tonik terbaik menjelang final Piala FA malam esok apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan ganjaran wang tunai sekurang-kurangnya RM15,000 kepada setiap seorang pemain jika mereka berjaya menewaskan Kelantan.

Perkara itu diumum sendiri oleh Khalid ketika beliau hadir pada Majlis Sarapan Pagi Pemain Selangor Bersama Menteri Besar di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam pagi tadi.

Ini adalah merupakan perlawanan akhir Piala FA kali ketujuh bagi Selangor dalam sejarah 20 tahun pertandingan itu. Dua pemain, Amri Yahyah dan D Surendran pula berusaha untuk memenanginya buat kali ketiga selepas sama-sama menjulang Piala FA pada tahun 2001 dan 2005 selain menjadi naib juara kepada Kedah tahun lalu.

Selangor

logo mbi  logo kappa  logo arena