Sabah 0 Selangor 1
Selangor memulakan aksi sulung Piala Malaysia dengan menewaskan Sabah 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Tawau malam tadi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang Mohd Safee Sali pada minit ke 25.
Selangor akan menentang PDRM dalam perlawanan kedua di Stadium Shah Alam pada 29 September 2009.


