Selangor 2 Perlis 1
SELANGOR melangkah ke final Piala FA buat dua musim berturut-turut selepas menumpaskan Perlis 2-1 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam malam tadi.
Berbekal kejayaan mengikat Perlis 1-1 di tempat lawan pada perlawanan pertama, Selangor mara menerusi agregat 3-2.
Amri Yahyah membuka tirai gol Selangor selepas berjaya menanduk masuk bola lambungan Rudie Ramli pada minit ke-15.
Namun dua minit kemudian, Perlis menyamakan kedudukan apabila rembatan Azi Shahril Azmi dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Hamsani Ahmad.
Terikat 1-1, perlawanan dijangka akan berlarutan ke masa tambahan.
Namun pada minit ke-90, Amri sekali lagi cemerlang apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru D. Surendran untuk gol kemenangan Selangor.
Selangor akan bertemu Kelantan pada aksi final Piala FA pada 25 April ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
SELANGOR: Hamsani Ahmad, D.Surendran, Razman Roslan, Nasriq Baharom, P Gunalan, C Premnath, Hardi Jaafar, Amri Yahyah (c), R.Surendren (Amirulhadi Zainal), Rudie Ramli (Fitri Shazwan Raduwan), Safee Sali.



