Selangor 3 Kelantan 0
SELANGOR kembali merampas takhta Liga Super selepas berjaya menewaskan pendahulu sebelum ini, Kelantan 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom dan penjaga gol Kelantan, Halim Napi dilayangkan kad merah.
Selangor membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi R. Surendren yang berjaya menolak masuk hantaran Amirulhadi Zainal dari sebelah kanan.
Rentak Selangor sedikit terjejas apabila Khairul Anuar diperintah keluar padang pada minit ke-39 setelah dikatakan menyiku pemain muda Kelantan, Mohd. Zamri Ramli.
Biarpun diasak teruk sebaik babak kedua bermula, Selangor sebaliknya berjaya memperolehi gol kedua hasil sepakan percuma D. Surendran yang terus menerjah jaring pada minit ke-68.
Mendahului 2-0, Selangor kembali bersemangat dan malang pula menimpa Kelantan apabila Halim dilayangkan kad merah pada minit ke-77 selepas dengan sengaja membaling bola ke arah C. Premnath ketika di luar permainan.
Selangor akhirnya menamatkan riwayat Kelantan dengan gol ketiga pada masa kecederaan menerusi Premnath yang bijak memperdaya penjaga gol gantian Kelantan, Shahrizan Ismail.
Aksi seterusnya Liga Super selepas ini, Selangor akan bertemu Kuala Muda Naza di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 21 Mac depan.
Namun Selangor terlebih dahulu akan bertemu Perak pada saingan suku akhir Piala FA pada Selasa dan Sabtu ini.
SELANGOR:
Hamsani Ahmad, D. Surendran, Nasriq Baharom, Khairul Anuar Baharom, P. Gunalan, Amirulhadi Zainal (Fazilidin Khalid), Hardi Jaafar (Sanjos Sundawat), Amri Yahyah (c), C. Premnath, Safee Sali, R. Surendren (Asraruddin Putra Omar).