Selangor 3 Terengganu 1

on .

Selangor merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga Perlis setelah menumpaskan Terengganu 3-1 dalam perlawana Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.

Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-14 melalui Rudie Ramli yang menampan masuk bola hasil hantaran lintang P.Gunalan.

Gol tersebut mencetus semangat Selangor yang terus mengasak ke kawasan gol Terengganu dan hasilnya Safee Sali menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-38 melalui rembatan jarak jauh cantik menewaskan penjaga gol Terengganu Shabinee Alawee.

Selangor membuat pertukaran di permulaan babak kedua dengan memasukkan Amirul Hadi Zainal bagi menggantikan D Surendran namun buntu mencari gol tambahan.

Akibat kelekaan menyerang, Terengganu berjaya mencuri satu gol menerusi serangan balas pantas pada minit ke-81 melalui Abdul Manaf Mamat namun dibalas semula oleh Selangor seminit kemudian sekali lagi melalui Safee.

Hasil kemenangan ini, Selangor mengumpul 28 mata, satu mata di belakang pendahulu liga Perlis yang hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Kuala Muda Naza malam tadi.

Selangor akan berkunjung ke Stadium Darulmakmur menentang Pahang dalam perlawanan Liga Super yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.

Selangor

logo mbi  logo kappa  logo arena