Selangor 4 Felda United 1

on .

SELANGOR yang sudah layak ke suku akhir Piala Malaysia tetap garang untuk menewaskan Felda United 4-1 pada aksi kelima Kumpulan D di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan kelima berturut-turut itu juga membolehkan Selangor sah bergelar juara Kumpulan D untuk bertemu naib juara Kumpulan A, sama ada Negeri Sembilan, Kelantan atau PKNS pada aksi suku akhir nanti.

Pada perlawanan malam tadi, Selangor mendahului selesa 2-0 pada separuh masa kedua menerusi dua jaringan R. Surendren pada minit ke-26 dan ke-35.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali terus menjarakkan kedudukan apabila menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-67.

Namun Felda United tidak menunggu lama apabila berjaya mendapatkan gol pertama sejurus kemudian menerusi pemain pinjaman, S. Harivarman untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Hasrat Felda United untuk terus bangkit tidak kesampaian selepas kapten Selangor, Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol keempat pasukan tuan rumah pada minit ke-75.

Aksi terakhir Kumpulan D pada Sabtu ini menyaksikan Selangor akan bertemu Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Selepas itu, Selangor akan menanti kunjungan naib juara Kumpulan A pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, Selasa depan sebelum bertandang pula ke tempat lawan pada Jumaat, 15 Oktober.

Sehari kemudian iaitu pada 16 Oktober, Selangor akan bertemu Singapura pada perlawanan tahunan Piala Sultan Selangor 2010 di Stadium Shah Alam.

SELANGOR: 22.Iqbal Suhaimi, 3.Razman Roslan, 6.Nasriq Baharom, 19.D.Surendran (16.Azrine Efendy Saduddin), 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal, 7.Farderin Kadir (4.Asraruddin Putra Omar), 8.Safiq Rahim, 10.Safee Sali, 17.Amri Yahyah (c), 23.R.Surendren (24.Fitri Shazwan Raduwan)

logo mbi  logo kappa  logo arena