Selangor catat kejuaraan berganda

on .

Skuad futsal lelaki dan wanita Selangor mencipta kejuaraan berganda apabila berjaya mengenepikan lawan masing-masing bagi menjuarai Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2010 di Kompleks Sukan Negara Matshusita, Shah Alam, petang tadi.

Skuad wanita memulakan langkah cemerlang apabila berjaya menewaskan PDRM 2-1 untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Skuad lelaki yang mara buat kali kedua ke perlawanan akhir dalam sejarah kejohanan pula turut melakar kejayaan walaupun dipaksa beraksi dalam penentuan sepakan penalti menewaskan Johor FC 3-2 selepas perlawanan masa sebenar berakhir tanpa jaringan.

Kejayaan itu membolehkan kedua-dua skuad masing-masing menggondol hadiah wang tunai RM40,000 bersama medal dan piala pusingan.

logo mbi  logo kappa  logo arena