Selangor juara Piala FA 2009

on .

Selangor berjaya menjulang Piala FA buat kali kelima apabila menewaskan Kelantan 4-1 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung sehingga ke masa tambahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 80,000 penyokong kedua-dua pasukan, Selangor bermula garang apabila memperolehi tiga sepakan sudut dalam 4 minit pertama perlawanan namun ditidakkan barisan pertahanan Kelantan.

Walaupun sedikit gugup di permulaan permainan, Kelantan sedikit demi sedikit memperolehi rentak dan hampir mendahului hasil sepakan jarak jauh penyerangnya Indra Putra Mahayudin pada mini ke-29 yang sekadar singgah di palang tatkala penjaga gol Selangor Hamsani Ahmad sudah tertewas.

Setelah melihat anak-anak buahnya gagal mencipta peluang terbuka walaupun menguasai bahagian tengah, jurulatih Selangor membuat pertukaran pertama pada minit ke-60 dengan memasukkan Amirulhadi Zainal menggantikan R Surendren.

Namun kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel sepenuh masa ditamatkan. Perlawanan masa tambahan baru berusia 3 minit apabila hantaran ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi ditanduk masuk oleh Mohd Norfarhan Mohd.

Gol tersebut memaksa K Devan membuat dua lagi pertukaran dengan memasukkan Fitri Shazwan Raduwan dan Asraruddin Putra Omar. Kemasukan Fitri khususnya menambah sengat serangan Selangor. Hasilnya Amri Yahyah berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan rendah pada minit ke 101.

Kedudukan 1-1 memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti. Sepakan penentuan penalti Selangor disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar seterusnya membolehkan Selangor menjulang Piala FA edisi ke 20.

Selangor

logo mbi  logo kappa  logo arena