Selangor jumpa Polis petang ini
SKUAD Liga Super Selangor akan menanti kunjungan PDRM dalam satu perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Padang SUK, Shah Alam pada pukul 5 petang ini.
Ia merupakan perlawanan persahabatan pertama Selangor selepas mereka tumpas 1-2 kepada Johor FC pada perlawanan keempat Liga Super 13 Januari lalu.
Selangor petang ini bakal turun tanpa tiga tonggak utama, Safee Sali, Hardi Jaafar dan Amirul Hadi Zainal yang bersama skuad kebangsaan untuk menghadapi UAE malam esok.
Selepas aksi bertemu PDRM, Selangor akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga di Padang SUK, pada pukul 5 petang Sabtu ini.


