Selangor pinjam tiga pemain
Selangor melengkapkan kuota tiga pemain pinjaman untuk saingan Piala Malaysia musim ini dengan mengambil dua pemain Harimau Muda A dan seorang pemain USM FC.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, tiga pemain tersebut ialah Nazri Ahmad, 21,(pertahanan), Haziq Zikri Elias, 20, (penyerang) dan G. Jeevanathan, 31,(penjaga gol).
Pada awalnya Selangor sudah menamakan Nazri, Haziq dan kapten Harimau Muda B, D. Saarvindran sebagai pemain pinjaman namun kecederaan dialami penjaga gol ketiga Fairul Azwan Shahrullai sewaktu latihan memaksa Selangor menggugurkan Saarvindran yang digantikan dengan Jeevanathan.
Selangor kendalian jurulatih, K. Devan kini dalam misi memburu kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-33 selain menamatkan kemarau panjang setelah kali terakhir menjuarainya pada 2005.


