Wakil FAS mendapat mandat
Tiga wakil FAS, Datuk Subahan Kamal, Datuk Hamidin Mohd Amin dan S Sivasundaram masing-masing terpilih dalam barisan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2010/2014 pada sidang kongres ke-47 badan induk bolasepak negara itu tengahari tadi.
Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Subahan dan Datuk Hamidin jelas menjadi pilihan ramai apabila mendapat undi tertinggi masing-masing dengan 28 undi dan 27 undi manakala S. Sivasundram terpilih menganggotai Exco FAM.
Datuk Subahan berkata tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya adalah satu tugas yang berat namun beliau bersedia untuk menjalankan tugas tersebut.
"Walaupun masih baru, saya sedia menerima tugas ini untuk bekerja keras membangunkan FAM dan bukannya bekerja sambil mencari publisiti," katanya kepada pemberita di sini.
Subahan yang juga penolong pengurus skuad kebangsaan yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Laos pada tahun lepas berkata untuk membangunkan sukan bola sepak semua pihak perlu memberi kerjasama agar ia dapat dilakukan secara menyeluruh dan berkesan.
Tahniah diucapkan kepada kesemua mereka.


